Disini ana nak kongsi kisah perjalanan kami ke Alexandria(Iskandariah). Dalam misi jemputan berbuka bersama Siddi Sirin ( orang Kanan :: Syeikh Mohsen Al-Laban :: )

Alhamdulillah kami berbuka bersama Siddi Sirin tu di salah sebuah hotel di tepu pantai. Dan program berbuka tu sebenarnya Siddi tu buat majlis meraikan pelajar2 cemerlang dan guru2 dari Alex dan Cairo yang duduk di bawah naungan jemaahnya(tareqatnya) dan kami turut di jemput ke majlis tu..

kami bertolak dari Cairo selepas zohor di ambil oleh Van hi-ace tinggi yang diuruskan oleh seorang Dr. dari cairo merupakan pekerjanya.
Dalam perjalanan ker ALex tu kami sempat singgah di sebuah restoran mewah ala2 mini zoo. Tempat pertunjukan Singa dan harimau..ada banyak Harimau, Singa dan binatang2 lain...seperti buaya, babun, monyet, kura2 besar, anjing2 pelbagai jenis, rusa, pelanduk,...memang cantik restoran tu..stail restoran dalam hutan..jadi kami bergambar2.kemudian teruskan perjalanan ke Alex.

Kami tiba senja di petang di sana. dan terus dibawa ke salah satu rumah tetamu milik Siddi. Apartment tepi pantai...kami berehat sehingga lagi setengah jam berbuka kami bertlak ke majlis.
kami tiba awal di majlis..dan kelihatan ramai orang berhimpun menunggu waktu berbuka di ruangan open hall di atas restoran itu, mengadap laut yang kelihatan matahari hampir terbenam...tibanya kami di open hall ..terus kami disambut Siddi Sirin. dan kami berpeluk dan bersalaman.

tiba waktu berbuka.kami berbuka bersama2, dan ana dijemput oleh dia untuk duduk di sebelahnya.Malam itu memang berbuka yang sedap2.Selesai makan2, kami sembahyang berjemaah di open hall atas. dibentang karpet..dan imamya Siddi sendiri.

Selepas smbhyang mula majlis, ucapan2 dari pelajar2 dan guru2..serta ucapan dari Siddi....
menurut ust.Basit yang lebih fasih fahaman arabnya. Siddi menceritakan tengtg masalah pendidikan di Mesir.

Selesai Majlis.Kami bersalamn dengan siddi dan dia kata " kita berjumpa di masjid pukul 9.30 untuk solat terawikh bersama "..kami pulang ke apartmnent dan berehat.

Pukul 9.15 kami bertolak ke masjid yang diasaskan oleh Syeikh Mohsen Al-Laban. disitu kami disambut oleh Siddi dan pengikut2nya..memang berbeza penampilan Siddi di sini.benbanding berbuka di hotel tadi.Dengan judah..nampak seperti seorang yang sufi...

kami solat terawikh berjemaah dan seterusnya..dia berucap dan minta sedikit ucapan wakil dari kami...dan ucapan disampaikan oleh ust.basit..kami juga menyampaikan beberapa buah nasyid.

selepas itu..mereka melakukan " Hadrah ".. kami pun ikut je la..pertama kali ikut program hadrah seperti itu..dengan laungan " Allah..AllAh...ALLAh."...dalam jeadaan gelap.

selesai semua program di masjid..kami pergi makan bersama Siddi di restoran..Di sana kami bersembang2 dandia bertanya " Apa khabar SYekh Ashaari dari Malaysia ?? "
ust.basit pun ceritalah serba sedikit tentang perkembangan jemmaah di Malaysia.

selesai makan..kami bersalaman dan pulang ke apartment.esoknya kami pulang ke Kaherah.


( insyalllah gambar2 akan ana uploadkan segera..maaf zahir batin, dan selamat berpuasa )

1 comments

  1. Anonymous // December 3, 2008 at 8:25 AM  

    allahuakbar... teruskan perjuangan.. khui khui...
    hmm alep... lame x dengar citer... kat YM asek2 busy jer...