Koleksi Gambar-Gambar Kami (^^,)

Posted by mt-arramadan | 9:42 PM | | 1 comments »

Selamat Melihat Koleksi2 Gambar kami ...

**Update :

gambar2 kami di flicker sudah penuh...(sebab flicker hanya memberi sebanyak 200 keping sahaja..) jadi ana dah wat web baru galeri gambar2 kami disini.... klik link dibawah :

~ Galeri GISB mesir ~


~Gambar2 d Flicker~
Link untuk Ke semua 'SET':- Klik Disini
-------------------------(^^,)----------------------------

'SET' gambar Jordan :- Klik Disini

'SET' gambar Berlepas dari Kuwait :- Klik Disini

'SET' gambar Majlis Perkhawinan d Jordan :- Klik Disini

Firman Allah :

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الأخر

Sabda Rasulullah :

أدبني ربي فأحسن تأديبي

Sejarah yang paling agung, inilah sejarah Rasulullah SAW, siri sejarah ini kita harapkan bukan saja dapat mengajar Umat Islam tentang agamanya dan peribadi agung Rasulnya Muhammad SAW tapi juga kita harapkan pengajian sirah ini dapat mengajar kita berbagai perkara. Tampa memahami sejarah tidak mungkin kita memahami Al Quran. Banyak ayat Quran yang tidak mungkin difahami melainkan kita kembali kepada Asbabun Nuzul (sebab sebab ayat diturunkan) sedangkan Asbabun Nuzul ini ada dalam sejarah Rasulullah SAW.

Kita mulakan dulu dengan peristiwa-peristiwa sebelum kelahiran RASW supaya kita juga dapat mengetahui sejarah bangsa Arab sebelum kelahiran RAS. Sehingga nanti kita dapat melihat perbandingan. Bagaimana mereka sebelum dan selepas kedatangan RASW. Bagaiman perubahan yang berlaku Jaziratul Al Arabiah. Satu perubahan yang sangat besar dan luar biasa. Ianya hanya akan boleh kita fahami bila mana kita menghayati sejarah RASW yang agung ini.

1.Perintah Allah kepada Nabi Ibrahim membina Kaabah

Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim AS membawa isteri dan anak kecil kesayangannya Nabi Ismail AS untuk ditinggalkan di Mekah (بواد غير ذي زرع عند بيتك المحرم ) disatu wadi gersang tampa tumbuhan disisi Rumah Allah di Tanah Haram. Disitulah Kabah dibina oleh Nabi Ibarahim selepas itu. Mekah ketika itu hanya sebuah wadi yang kosong dan kering kontang. Nabi Ibrahim telah mendatanginya dari Palestin tanah yang diberkati, dengan perintah Allah. Di tempat yang bakal menjadi Baitul Haram baginda meninggalkan isteri dan anaknya Nabi Ismail AS. Ketika ditinggalkan disitu Siti Hajar merasa pelik kerana tidak ada air, tidak ada makanan, tidak ada jiran yang boleh menolong bahkan tiada manusia lain, sedangkan dia ditinggalkan bersama seorang bayi kecil.

Ketika Nabi Ibrahim meninggalkan tempat itu, Siti Hajar mengekori Nabi Ibrahim sambil bertanya namun Nabi Ibrahim tidak mengendahkannya. Sehinggalah akhirnya Siti Hajar bertanya (آلله أمرك بهذا ) Apakah Allah yang perintahkan hal ini. Benar jawab Nabi Ibrahim. Siti Hajar dengan penuh yakin dan hati yang beriman dengan kekuasaan Allah ( إذن لن يضيعنا الله ) berkata, kalau begitu pasti Allah tidak akan mensia-siakan kita. Kalaulah ini perintah Allah pasti ada pembelaan dari Allah Tuhan yang Maha Baik itu. Sianak menangis kehausan sementara susu Siti Hajar sudah mula kering. Berlarilah Siti Hajar mencari air dari Safa ke Marwah dengan penuh cemas dan harap pada Tuhan. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang bergantung penuh dengan Tuhan itu Allah menghantar Saidina Jibril, dengan sayapnya dia menyingkap telaga Zamzam yang terpancar dari hentakan kaki bakal seorang Nabi Allah yang mulia Nabi Isamail AS. Inilah sejarah Zam zam yang kekal hingga hari ini.

Menurut Ulamak sejarah, perkara ini berlaku selepas satu empangan besar di Yaman yang namnya Sad Maarib pecah. Emapangan Maarib ketika itu adalah satu empangan yang besar dan menjadi sumber air dan sumber kehidupan kepada rakyat Yaman ketika itu. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba’ di Yaman yang terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini untuk menampung air hujan yang akan dimenafaatkan untuk keperluan harian dan pertanian mereka. Bila mana mereka engkar dengan Tuhan Allah hukum mereka dengan dipecahkan empangan mereka. Bila empangan pecah bangsa Arab yang berasal dari Yaman ini terpaksa berpindah dari Yaman mencari kehidupan ditempat baru. Maka bertebaranlah bangsa Arab ini keseluruh semenanjung Arab, Kabilah Tsaqif berpindah ke Taif, Kabilah Aus dan Khazraj ke Madinah, Arab Ghasasinah berhijrah ke Syam, Arab Manazirah berhijrah sampai kesempadan Irak.

Ketika itu Kabilah Jurhum yang sedang mencari tempat baru lalu dekat degan Mekah, mereka melihat burung-burung berterbangan menandakan ada air dikawasan itu sedangkan mereka tahu memang tak pernah ada air dikawasan itu. Bila diperiksa, benar ada air disitu. Maha Besar Tuhan yang berkuasa mengadakan yang tiada. Begitulah Allah membela isteri yang solehah ini yang taat setia dengan perintah Allah dan suaminya, Nabi Ibrahim. Mereka mendapati ada seorang perempuan dan anak kecilnya ditempat air. Kabilah Jurhum yang terkenal baik ini tidak terus merampas zamzam dari Siti Hajar. Mereka minta izin untuk berkongsi air dengan Siti Hajar bahkan mereka sanggup membayar sewa telaga air ini kepada Siti Hajar. Allah yang maha Baik tidak mesia-siakan hambanya yang bergantung penuh dengan rahmatnya. Apalagi inilah keberkatan doa dan rintihan hati Nabi Ibrahim dan isterinya yang solehah dan taat setia itu. Nabi Ibrahim kerana perintah Allah dengan hati yang tabah meninggalkan isteri dan anak kesayangannya ditempat yang lojik akal mengatakan tak mungkin boleh hidup disitu. Namun inilah keyakinan seorang Nabi dengan Tuhannya. Mengapa kita belajar dari keyakinan ini. Bantuan dan kuasa Tuhan itu mengatasai lojik akal manusia.

إن الله على كل شيء قدير

Sesungguhnya Allah Taala berkuasa penuh diatas segala sesuatu

Setelah Nabi Ismail agak dewasa, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Kaabah diatas tapak asas kabah yang dibina oleh Nabi Adam AS. Kaabah pertama telah dibina dizaman Nabi Adam lagi, kemudian runtuh dan terkambus. Setelah siap pembinaan Kaabah hanya tinggal satu yang tidak dapat disempurnakan kerana tak ada batu yang cukup ukuran untuk menyempurnkan penjuru. Setelah dicari-cari pu tidak berhasil. Allah telah menturunkan batu dari syurga. Itulah Hajarul Aswad yang disunatkan pada jemaah haji sampai hari ini mengucupnya.

Betapa hebat keyakinan Nabi Ibrahim dan taat setianya pada perintah Tuhan tanpa sebarang dolak dalih. Maka Allah bagi pihaknya pula telah melakukan sesuatu yang diluar kemampuan dan akal fikiran manusia. Alangkah hebatnya Tuhan.. Setelah Kaabah siap, walhal dia hanya satu banggunan batu. Bagaimana pula nak panggil orang dating ke Kaabah. Allah perintahkan Nabi Ibrahim melaungkan azan, membuat seruan pada manusia. Kata nabi Ibrahim, wahai Tuhan bagaiman suara aku nak sampai kepada semua manusia. Jawap Allah, tugas kamu wahai Ibrahim hanyalah azan iaitu membuat seruan. Sedangkan Allahlah yang akan menyampaikan kepada manusia. Nabi Ibrahim naik ke Jabal Arafah melaungkan azan menyeru manusia dari seluruh dunia ke Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasanya yang tiada batas itu, Allah telah memperdengarkan suara Nabi Ibrahim kapada semua manusia. Bahkan Allah jatuhkan kedalam hati-hati manusia rasa cinta dan rasa hormat pada Kaabah. Lihatlah lagi ketaatan mutlak Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah. Lihatlah juga bagaimana Allah yang Maha Berkuasa itu menjayakan kehendaknya.

Dengan itu bermulalah orang berdatangan membuat haji ke Kaabah khususnya dari semenanjung Arab. Mereka tiba-tiba tampa diarah dan diberitahu oleh sesiapa telah membesar-besarkan dan memuliakan Kaabah. Dengan itu bermulalah ibadah Haji dengan kuasa Allah. Tersebarlah agama Tauhid sehingga akhirnya seluruh bangsa Arab menganut agama Nabi Ibrahim. iaitu agama yang mengesakan Tuhan dan agama yang Tuhan redhai. Allahlah yang telah memenangkan agamanya tampa campur tangan sesiapa. Bukankah ini kebenaran janji Allah dalam QuranNya.

وما النصر إلا من عند الله

Tiadalah kemenangan itu melainkan semata-mata kurnian dari Allah taala

>> Bersambung di Entri akan datang <<

2. Syirik masuk ke Jazirah Arab

Tinggalkan KOmen pada POST

Posted by mt-arramadan | 2:22 PM | | 4 comments »

kawan2 semua kalau nak tinggalkan komen mudah jer :

1- klik pada tajuk:tittle post
2-bawah skali ader tulis " POST COMMENT "
3-klik dan jangan lupa " ticK " "NAME" dan "URL"
4 isi NAMA dan URL: url freindster anda (kalau ada)(kalau ader blog letak link blog anda)







Perkhawinan Beramai-ramai di Pochan. 13 Pasangan kesemuanya Disambut dengan meriah...

" Perkhawinan beramai-ramai adalah sesuatu yang unik dan luar biasa. Ia pasti diingati sampai bila-bila, dan akan diceritakan kepada anak-anak kami nanti " Kata salah seorang pengantin Nur Atikah Jamal, 20 dan pasangannya abg ABU HANIFAH kita...hehehehehe. Akhirnya khawin gak Abu Nipah,23 . Mesti tgh senyum sampai telinga.huhuhu.

Selamat pengantin baru dari kami kawan2 yang berada di Mesir ini, untuk kawan2 yang bersanding disana tu...

ReaD AL-Quran Online !!

Posted by mt-arramadan | 7:57 PM | | 1 comments »

Baca Al-Quran Online kat INTERNET !!!!




tidak perlu susah payah mendownload software atau install. Dengan quranExplorer ni anda boleh baca ONLINE.

Yang Best tu dier boleh transLate ke Bahasa Melayu. Jadi Pasni Rerajin La baca Quran Yea. Faedahkanlah Kegunaan InternetMu itu..(^^,) Jangan Lalai jer. Asyik tenGok YouTube jer..hehehe.

Tinggalkan Komen Disini

Kembali ke jalan yang benar!!

Posted by mt-arramadan | 7:41 PM | | 0 comments »

Kisah kali ini ialah ttg seorang pelakon di Hollywod memeluk agama islam. Pelik, tapi percaya lah ISLAM itu agama yang Benar.... Mungkin esok lusa Michael Jackson atau Britney Spears pula masuk ISlaM..

Agak2 apakah perasan kawan2 ttg peristiwa yang berlaku di Hollywod ini. adakah kita
(sebagai Seorang yang Dilahirkan iSLAm) ingin terus berlalai dalam beribadah.

Atau sehingga Tuhan gantikan peranan kita dengan mereka2 ini. Ayuh marilah kita sama2 meningkatkan usaha taqwa kita dalam nak menjadi islam yang di malam harinya menjadi abid di siangnya pula, menjadi singga2 islam membangunkan ekonomi islam, kebudayaan islam, Pertanian islam..dan sebagainya.

" Hablum minaLLah, Wa HabLum minaNnas "

atau mungkin menjadi Bloggers2 isLam. Menyebarkan Risalah2 kebenaran.

--------------------------------------- (^^,) ---------------------------

Angela Collins, Seorang Amerika Yang Masuk Agama IsLam.Dia ditemu bual oleh: PEOPLE Magazine, FOX News, Al-Jazeera, Inside Edition, MSNBC, and other public media.




Tinggalkan Komen Disini

NASIB PENGHIBUR

Posted by mt-arramadan | 7:12 PM | | 0 comments »




Alangkah peritnya jadi penghibur. Bertungkus-lumus dan bersusah payah mengadakan konsert di merata ceruk negara untuk menghibur para peminat. Penat,lelah, jerih dan letih terpaksa ditanggung. Segala kelengkapan terpaksa dipunggah. Tidur pun lewat malam. Kadang-kadang terpaksa menahan sakit dan uzur. Kalau tidak berkonsert, sibuk pula buat recording. Latihan dan rehearsal silih berganti.Berpuluh-puluh kali recording baru siap satu lagu.Ada pula yang berlakon. Terpaksa menghafal skrip untuk menghayati watak. Berlakon pula tak tentu masa dan tak tentu tempat. Cahaya lampu panas membakar. Berpuluh-puluh kali shooting baru siap satu adegan. Kalau tak sesuai dengan kehendak pengarah, kena pula ulang lakon berkali-kali. Semua ini dibuat atas dorongan wang ringgit, nama, glamour dan populariti.

Apakah peminat benar-benar terhibur dan merasa tenang dan tenteram mendengar dan menonton persembahan para penghibur ini?

Malang sungguh. Mungkin para peminat merasa seronok buat sementara tetapi hakikatnya, mereka tidak pernah terhibur. Tidak ada peminat yang tenang hati, tenteram jiwa dan lapang fikiran mereka. Tidak ada masalah mereka yang selesai. Bahkan, mereka bertambah liar dan hidup mereka bertambah kusut dan kucar-kacir.Kerana masih tidak terhibur, mereka terus juga mencari hiburan lain. Yang menagih dadah terus menagih. Yang belum, terus mencuba. Ada yang minum arak. Pergaulan lelaki perempuan bebas sebebas-bebasnya. Apa sahaja yang seronok, pasti akan dicuba. Berparti-parti, berdansa-dansa dan berdating-dating. Ya, itulah hakikatnya. Yang dihibur tidak terhibur. Malah tukang hibur sendiri pun tidak terhibur. Tukang hibur menanggung derita. Terkinja-kinja di atas pentas, menari-nari di khalayak ramai, tetapi hati mereka kecewa sengsara. Hati mereka tidak pernah puas, tidak pernah tenang. Keresahan dan kegelisahan sentiasa memburu mereka. Mereka menderita bermacam-macam bimbang dan takut.

Krisis sering terjadi dengan penganjur, pengarah, produser,krisis rumahtangga, malah sesama penghibur sendiri. Kahwin,cerai, kahwin lain dan cerai lagi, semacam satu fenomena tetap yang berlaku dalam dunia artis. Gossip bertabur merata-rata.Tidak kurang yang kena tangkap basah dan terlibat dengan dadah.

Status hidup sebagai artis perlu belanja yang besar. Pendapatan tidak menentu. Masa depan sentiasa menghantui fikiran. Apa akan jadi bila muka sudah berkedut? Bila suara sudah serak? Bila peminat sudah hilang? Bila populariti sudah menurun?

Mungkin ada di kalangan para penghibur yang mengaku tidak dilanda krisis dan masalah seperti ini. Mungkin ada yang mengaku hidup mereka macam orang lain juga. Kalaupun ada yang mengaku begitu, mereka tetap juga tidak akan merasa bahagia.

Ini kerana penghibur juga insan. Penghibur juga manusia.Fitrah manusia itu sukakan kebaikan. Hati kecil dan hati nurani manusia cintakan kebaikan. Semulajadi manusia sukakan kebaikan. Kalau manusia berbuat baik, hati kecilnya akan setuju. Dia akan merasa bahagia, puas, dan tenang. Sebaliknya, kalau manusia berbuat jahat dan maksiat, dia sebenarnya menentang fitrahnya. Dia melawan hati kecilnya. Dia menentang dirinya sendiri. Tidak akan bahagia orang yang melawan dan menentang diri dan hatinya sendiri.Namun kebanyakan para penghibur tidak rasa berdosa akan perbuatan mereka. Tidak merasa apa yang mereka buat itu salah. Mereka begitu terdedah, terbiasa dan mesra dengan cara hidup mereka hingga tidak nampak lagi akan kesalahan perbuatan mereka. Seperti orang yang sudah lama bekerja di kandang lembu, baginya baja lembu sudah tidak busuk lagi.Malah bau baja lembu itu boleh “menyegarkannya”.

Bermuzik-muzik tidak dirasakan salah. Berlakon adegan-adegan asmara dan bermesra-mesraan yang berlawanan dengan syariat, bergaul bebas lelaki perempuan, dedah aurat, menari-nari di khalayak ramai, malah melalaikan manusia dari mengingati Tuhan, sudah tidak dirasakan salah dan berdosa lagi. Mencetuskan kejahatan dan mudharat di kalangan manusia tidak dirasakan salah. Semuanya dirasakan patut atas alasan kononnya untuk menghibur.

Itulah kata mereka. Tetapi hati kecil mereka tetap tidak merasakan sedemikian. Fitrah asal mereka tetap sepertimana yang Allah ciptakan; suka pada yang baik dan benci pada yang jahat. Hati kecil mereka tetap suka pada yang makruf dan benci pada maksiat. Apa yang Allah suka, hati kecil manusia akan turut suka. Apa yang Allah benci, hati kecil manusia akan turut benci.

Allah benci perompak, penipu dan penindas; manusia juga benci perompak, penipu dan penindas. Allah suka orang yang pemurah dan amanah; manusia juga suka orang yang pemurah dan amanah. Allah tidak suka manusia yang lalai dari mengingati Allah dan yang melanggar hukum-hakam-Nya; manusia juga begitu, walaupun yang berbuat sedemikian adalah diri mereka sendiri.

Kecualilah kalau fitrah semulajadi seseorang itu sudah rosak. Dia akan melihat yang jahat itu baik dan yang baik itu jahat. Yang benar itu salah dan yang salah itu benar. Yang hak itu bathil dan yang bathil itu hak. Tuhan telah mencabut hidayah dari mereka. Tuhan telah mengecap hati-hati mereka hingga mereka tidak boleh lagi menerima kebenaran. Lambat laun, Tuhan pun akan mereka nafikan.

Yang dirasakan seronok itu bukan kebahagiaan. Ia bukan hiburan yang hakiki. Ia tidak membawa kepada ketenangan jiwa. Ia hanyalah kesedapan sementara atas desakan hawa nafsu.
Firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”(Surah Yusuf: 53)

Dan nafsu itu tidak akan pernah merasa puas. Setiap kali kita mengikut kehendak nafsu, setiap kali itulah kita melawan fitrah kita. Setiap kali itu jugalah kita akan rasa menderita.Orang yang paling kuat berbuat maksiat dan dosa ialah orang yang paling tidak bahagia. Allah dan manusia juga turut membencinya.Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila perbuatan lahir dan batin kita disesuaikan dengan kehendak Allah dan Rasul.Fitrah asal semulajadi kita juga bersetuju dengannya. Dan kebahagiaan yang sebenar juga ialah apabila segala perbuatan kita mampu mencetuskan kebaikan dan manfaat untuk manusia lain.

Article from : ikhwantoday

AssaLamaualaikum..w.b.t

ini adalah post pertama di BLOG ni. Jadi Ana Nak KongsIkan Kisah PErJalanan Kami Dari Malaysia Ke Jordan dan Seterusnya Ke MesiR.

~ Perjalanan Dari Malaysia Ke Jordan ~
- PerJalanan kami ke JordaN TransiT semEntara Di kuWait -

kami berlepas dari KLia pada pKuL 3.00 a.m
menaiki pesawat KuwaiT aiRwaYs.

Kami tiBa di KuwaiT paDa puKuL 7.30 a.m
Kami keLapOran daN teRus CarI makAn kaT mc'D. BerLaku Khilaf antaRa kaMi pasAl DuiT DinaR KuwaiT. Ader KatA DiNar KuwaIt 1 Dinar= RM 5, ada Yang Kata RM 8, ada yang Kata RM12. KhiLaf inI BeRlaku seLepas Kami MelihAt Harga2 makAnan Dan HandphoNe di AirPort KuwaIt (MacaM Murah)...

aKhirNya..Kami MakAN Di Mc'D denGan SoranG, 2 SeT SaRapaN PaGi...huhuhu.
(Mmg TeNgah LapO..)Kami JanGkakan 1 Dinar Kuwait = RM 5
(HasIL PerBincanGan KhiLaF2 Yang x BoLeh PakaI hehehehe.)
...Kami Pun BedALL Je LAaa...

NaiK Flight Balik Kul 9.00 a.m. daN AlhamduLillah, tiBa Di JordaN LeBih KuranG PuKuL 11.45 a.m (azAn ZoHor Di saNA)

KisaH-kisaH ataU aKtiviti2 kami di JordAn : antaranya iaLah

(KAmi TinggaLdi Jordan DalaM 3 Minggu, x bNyk Makam Yg Sempat Kami pergi kerana Waktu itu Ade Dr.Mahmud, Jadi semUa siBuK melayaN TetaMu...)

> MuLa2 Kami SamPai Di JordaN (Dari AirPoRt) kamI SinGgah Di MAkAM
Syd. AbDuR RahMan bN aUFF. WakTu itu MusIm SeJuk Yang x BersalJi sebab naK BeraLih Ke MuSiM paNAS...

> Kami Juga PeGi " AbDaLi " ( teMapat BuNdLe BOsARR.. #% KalAh UpTowN )

> Sempat La jugak Blaja2 skit, DenGAn BoRingNya DenGaN uzTAZZ JaMAaLL @ uNta ...HeHehehehehe.

> aNtarAnya lagi, akTiviTi terLarang kaMi iALah MeMbeLasaH KanAK2 RaiBina
(adIk2 kat JordaN )..Hehehehe.

> daN MenCarI PorT cc yang MurAh. AntAranya lagi MerayAu ~ BErmasyarakaT~ di BaLAd
( bandar lama kat amman)(ader gK PaSaR GeLAp) samBiL UshA2 porT2 yanG BoLeh Di ManFaatKan. KtRanG BLaJa.PraKtis CkP aRaB nGan SuMe OrG waLaupun Cam unTa daN aYam..huhuhu

anTAra Port2 Yang KAmi DapAt :

Kedai MakAnaN orAng arAb yang SedaP2 daN muRaH2..Hehehehe
(keDai2 YG aSz peNah PeGi DuLu)

KedaI2 hP yanG menJuaL hanDphone samBiL PeganG KaYU..Huahahaha
(kat PasaR GeLAp)

KedaI HaLAwiYat (maNisaN) BukaN LowYaT,
mMg SedAP x boLEh Jumpa KAt PocHaN..hehehehe


> abG.zaYad daN aJwaD pergi Ikut Dr.Mahmud Ke mAJlIS tARIkAt
ArriFa'iYah .

> MajLis HafLaH Persandingan KaK KhaULaH di (QaRiaH NaKhiL)
-MajLis Di HadiRi Oleh RamaI orng2 aRaB KenalAn2 ASZ, daN KEdutaaN dan PelajaR Dari MaLaysia..

> kami Ziarah MakAm2 SekiTaR AMMaN (JordAn)
x deR lah BanyAK MakAM Yang KAmi seMpaT peRgi
(siBuK uRusaN haFLAh KaK khaULah) aNtaraNya SyDn. AbduR RahmaN bN AuFF(maKAm), NaBi sYuaiB(doReh), AsHaBuL KhaFi(DoreH), SaIdIna BiLaL(maKAm),Nabi YusHak(DoReH)maKAm NaBi HaZiR(dOrEh),

(SeRiUs) mmmG TeraSa KEbesaRaN ALLAh, BiLa Kita MeNziaRaHi MakAM2 Para aNbiYa' dan auLiya' ini. MeMAng seTiaP kaLi tiBa Di makAm hati kita akAn terAsa seDih..kAmi BerdoA daN memInta KebErkataN di saNA.

> Kami SeMpaT BeLajAR denGAn SyEkh MusTafa seBeLum BerAngkaT ke MesiR.diE sedIH,raSa XnAK berPiSah dGn AjWaD.(kaMi SemPAt 1 MalaM jer..Esok Tu BerTolak Ke MEsiR,eGypt)
______________________________________________________________

PerJALanaN ke MEsiR

WaKTu Kat StesEn Bas Kat JordaN, Tgh Tggu2 Pintu Bas BuKa, BeLaku PergAduHAn anTarA orG meSir DenGAn PemaNdu Bas JorDaN...Mmg GanaZZ.
AbiH KENa TuMbOKkKK...OrG MesIR Tu. HUh!!! MMg adEr CuaK gAk WkTu tu. BElUmm SamPAi MEsIR LAgi..

(penGalAmaN PerIt Kena tidOr Kat PeLabuhaN seMALamn TanPA SeLimut. (dah La seJuk GiLerrr.... xMcM MalAysiA la...huhu) KamI tiBa DarI AmmAN kE nuwaiba'(Pelabuhan di JordaN - border -) PuKuL 6 pTg. Mula2 PaK AraB tu KAter PuKuL 8 Mlm jaLan (naIK kaPAL)..PasTu TanGGuh KuL 10..pasTu TanGGuh LAgi KuL 12 MLM..LasT2 TanGGuh esK paGi LepAs ZoHor..(HamPeh!SaBaR2!!!)KitRng PuN menCarI TemPaT yaNg BoleH Buat TempaT Tido...(kaT siTu x Der MotEl ataU hoteL ke...mmG x SemPurna mcM MaLAysia...) Kami Ber6 PuN peGi suRaU BErDeKataN..(sUraU kuNci PULak) KitraNg TiDo KaT LuaR..aNA pun PEGi BeLi seLimuT yanG KeCIKK jERR....SeBB Tu PalIng MuraH ( duit tgH x der)..KongSi Ber6 ... NaK naIk baS amiK beG.DriVeR baS tu X TaU ghaiB ke ManA....

EsOknYa Kami BeRtoLak DalAm PuKuL 11 Lebih..
( sAna ZoHor PukUL 11 Lebih) kaMi NaiK baS daN terUS ke KaPAL....

TiBa Di MesiR...
SuasAna Di PeLabuhAN MesIR MmG SeRABut GILeRR... adA yanG Bawa PetI aIs, AdEr Gak YanG bawAk sInggKi, adeR yaNg BawAk Tv, KaLAu BoLeh SatU RuMah DiOrnng naK baWa BalIk...
(oRng MesIr Yang DarI JorDaN BanyAK BawAK BaraNg BesaR2 ) KoRaNG MesTi TErKEJut..MacM2 YanG DioRAng BawaK baLIk....

SuasaNA Di ImegreseN MesIr PuLak...HUh!!! mEmAng PeNinGG.!! BayAngkan DioranG
(ORg meSir) yaNg BawaK BaRaNg2 MacAm GajAh tU Nak Kena PuNggAh saTu2..Nak Kena ChEck PastU ScaNN LAgik..MeMAnG SeRAbuT daN PeNInG..KamI RaSa mcM naK KenA TuNgGU 3 HarI KoT..BaRu TurN Kami. TMpT imeGresEn tu..KalAu Nak DiBanDiNgkan DenGan PasaR BORonG SeLayANg..LaGik CanTik PAsar bOROnG sElaYaNG..

tApI allAHAMdUlIllAH bErKAt kITA NI ornG mAlaYsia..KitA SeBuT Jer Kat PeGawAi ImegresEN Tu, DiA TerUs LEPasKan Kami.. MmG BertUAh bUmI mALaysia. X yaH ChecK2 PunggaH BaraNg...MmG LeGa aBeHH..Huh!.

Tu BaRu KAT PeLAbuHAn MesIr..DalaM pErJAlaNaN NAk kE cAIrO
(TEmpAT kITA) lAgI MacM2 HaL BeRlakU..X Larat NAk tAIppp..
pERJaLanaN Dari AqoBah(PelabuhaN MesIR) ke CaiRo LEBih kURaNg 9 JaM.
KaMI SaMPai Di CaiRo DaLAm LeBih KuranG PuKuL 3 leBih(PaGi)..