Pizza Kurang Harge...

Posted by mt-arramadan | 10:55 PM | | 0 comments »

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Baru2 ni ana dan abil berjalan2 ke Hussein..dan singgah di satu mat'am yang x berapa besar...mereka menjual makanan seperti di dalam gambar ini..

kami tanya.. "Apa nama makanan ni ?" dia kata " Haza Bhitza "...
kami pun orderlah satu nak try..murah tu mmg murah dah..dari pizza besa..rasa die pun mmg murah jugaklah..hehehe.(sesuai dgn harge ek)....

Tapi apa2 pun pizza lah jugak.....



erm..esok ana ader "mid test"=imtihan doa2kanlah erk...
sapa2 rasa nak makan roti pizza ni mai lah sini...ana leh blanjer.

2. Syirik masuk ke Jazirah Arab

Selepas itu datang seorang tokoh Arab dari Bani Khuzaa’h bernama Amru bin Luhayy. Bani khuzaa’h ini telah telah menyerang Bani Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah seterusnya Bani Khuzaa’h mengusai Mekah. Amru bin Luhayy inilah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada kaumnya yang kemudian tersebar ke seluruh kabilah Arab yang lain. Memang Amru ini seorang yang kaya dan dermawan, dialah yang menyediakan keperluan orang-orang yang datang mengerjakan haji ke Mekah. Kekayaan dan demawanya itulah yang telah mempengaruhi orang sehingga mereka mendengar cakapnya dan akhirnya menurut perintahnya agar menyembah berhala. Kemudian Amru menukar talbiah Tauhid kepada talbiah syirik. Talbiah tauhid itu , itulah yang jemaah haji baca ketika Ihram.

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
Ketaatan hanya untukMu ya Allah, tiada sekutu bagi Mu,sesunguhnya pujian
dan nikmat hanya untukMu,tiada sekutu bagiMu

Amru bin Luhayy telah menambah Talbiah ini kepada :

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك إلا شريك هو لك تملكه وما ملك
Tiada sekutu bagiMu melainkan sekutu yang menjadi milikMu engkau
memilikinya dan segala kepunyaanya

Talbiah yang mengesakan Tuhan ini diubahnya menjadi talbiah yang mensyirikkan Tuhan. Bukan setakat itu saja, lepas itu Amru mencipta binatang binatang yang suci pula yang ditaqdiskan antaranya Saaibah, Bahiirah, Haami. Hami ini adalah unta betina yang telah melahirkan sepuluh ekor unta jantan maka ketika itu unta tersebut dinakan Haami dan tidak boleh ditunggang lagi, tidak boleh disembelih, tak boleh disakiti tapi sebaliknya dimuliakan dan dipuja.

Bermula dari situ setiap Kabilah mempunyai berhala mereka sendiri pula. Hubal berhala orang mekah, Wud berhala bani kilab, Suwa’ berhala Bani Huzail, Yaghuus berhala Bani Thoyyik dan penduduk Jerash, Yauu’qa berhala Bani Hamazan dan Nasr berhala orang Yaman. Satu kisah menarik, ada berhala yang namanya Isaf dan Naelah, dua berhala yang disembah di kaabah. Sejarah menceritakan Isaf ini asalnya seorang pemuda dari Yaman begitu juga Naelah seorang gadis dari Yaman, mereka sama sama cinta mencintai tapi keluarga tak setuju mereka kahwin. Ringkasnya mereka berjanji bertemu di mekah di musim haji. Akhirnya ketika orang semua tak perasan mereka zina ditepi Kaabah. Lalu Allah tukar mereka berdua menjadi batu. Lepas itu Isaf diletakkan di Safa dan Naelah diletakkan di Marwah sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang lain. Bila Amru bin Lahayy datang ke Mekah, dia pindahkan kedua dua batu ini ke kaabah. Ketika itu masyarakat dah mula lupa asal usul batu ini dan akhirnya mereka menjadikan dua batu ini berhala yang disembah. Begitulah penyembahan berhala makin meluas di Semenanjung Arab.

Pernah Saidina umar setelah menjadi Amirul Mukminin dilihat oleh para sahabat menangis dan kemudian tertawa tampa sebab yang lahir, akhirnya ada yang berani bertanya, Wahai Amirul Mukminin apa rahsia kami melihat tuan menangis kemudian tersenyum tampa sebab lahir yang kami faham. Maka Saidian Umar menceritakan, dulu aku dan orang orang Quraish sebelum Allah datangkan rahmat Islam, kami sangat benci pada anak perempuan. Ketika aku dapat anak perempuan, dari saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula, aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya 6 tahun, aku dah tak tahan lagi, jadi aku bawa dia kepadang pasir dan aku gali lubang, dia yang ingat aku membawanya berkelah dan untuk bermain main, dia juga turut membantuku menggalai lubang, bila lubang dah siap aku tolak dia kedalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir, anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir dari jangut dan pakaianku, tapi akhirnya aku timbus dia hidup-hidup tampa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kedatangan Rasulullah, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup hidup. Itulah rahsianya, bila aku teringat kisah ini aku menangis. Maha Besar tuhan, Maha Baik Tuhan yang yang menghantar Rasulnya yang membawa satu syariat yang meletakkan perempuan ditempat yang mulia. Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini.

Adapun rahsia tersenyumku, satu hari aku keluar dari Mekah, kami kalau keluar dari Mekah biasanya akan membawa bersama batu dari Mekah untuk jadi sembahan kami, tapi hari itu aku lupa nak bawa batu tapi akau ada bawa tamar jadi aku buat berhala dari tamar dan aku sembah tuhan ini, bila makan aku habis mulalah akan makan Tuhan aku ini sedikit demi sedikit. Bila aku teringat kisah ini aku ketawa sendiri. Begitulah kehidupan bangsa Arab Jahiliah. Moga dengan itu kita dapat merasakan bagaiman kebesaran Islam yang telah mengubah bangsa Arab jahiliyah ini kepada peribadi peribadi yang sangat agung.

>> Bersambung di Entri akan datang <<

3.Bagaimana agama Yahudi bertapak di Jazirah Arab



Window XP dalam bahasa Melayu...

Posted by mt-arramadan | 12:19 AM | | 1 comments »

Askum..ana nak kongsi ilmu skit ni. ana rasa ni entri pertama ana post tg teknologi i.t.
ana nak kongsi cam ner kita nak tkar window xp ke dalam bahasa ibunda kita ( bahasa Melayu ).

Tidak perlu risau kerana anda tidak perlu memformat PC anda kerana ianya merupakan satu set perisian tambahan kepada fail Windows XP yang sedia ada.


Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kita dapat menggunakan Sistem Pengoperasian dengan antaramuka bahasa selain bahasa Inggeris lagipun ianya mudah dan jika anda berubah fikiran, anda boleh uninstall fail tersebut !

Jika anda ingin mencuba fungsi ini, anda boleh muat turun dengan klik link sini atau download di bawah ini.


Klik Muat Turun sini.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.

Info by : bijakkomputer.com/blog



Harga Minyak Naik !!!!

Posted by mt-arramadan | 1:01 PM | | 0 comments »



Malaysia sekarang mempunyai harga minyak naik yang melampau..!!

Apa yang dah Terjadi ni Pak Lah !!
We Love Pak Lah .... but ... !!

Mahasiswa Malaysia di Mesir Hampir 8 000 org. Begitu ramai sekali.. sebb tu kali ni ana nak kongsi skit gambar2 rumah negeri yang ada di sini...

tapi maaflah ana x sempat nak amik gambar kesemua rumah2 negeri.. insyallah kalau korang rajin buka flikr ana, ana akan updated ( upload ) gambar kat situ.. 'mashi'= ok (^^,)

kita mula dengan rumah negara kita dulu..MALAYSIA.


Bangunan Malaysia (Asrama Rumah Melayu Abbasiah,
orang panggil = 'Arma')
dekat Abbasiah.


Rumah Malaysia
clik here to galery
komen thLut: Rumah Arma ni mmg besar..ni bukan rumah dah, tapi kompleks bangunan Malaysia ader Asrama (campur semua negeri), ader dewan audiotirium, ader restoran, ader padang badminton, ader surau,.... pejabat dn sebagainya. Nak masuk sini kena ader kad pelajar.tapi kalau nak datang melawat..mgkin tunjuk i.c Malaysia kot. hehehe (^^,)
-----------------------------------------------------------

Rumah Negeri Perlis
clik here to galery
komen thLut: Rumah Negeri Perlis..no komen. Lawa dan cantik...
-----------------------------------------------------------

Rumah Negeri Pulau Pinang
clik here to galery
komen thLut: Giler..kali pertama melangkah ke rmh Pining..mmg lawa gilerr. ingatkan Hadonah=nursery kanak2. Ghupe2nya Rumah Negeri Pulau Pinang. Siap dgn Pokok Pining depan Bangunan..Heheheh.korang tgk la sendiri gambar.nak kata baru x jugak rumah ni.. sebenarnya baru sajer lepas Renovate..Sbnrnya rumah ni pun dah berkurun (90'an) gak..tapi sebb baru lepas renovate...rezeki ktrg la, datang lepas renovate. Hehehe (^^,)
-----------------------------------------------------------

Rumah Negeri Kelantan
clik here to galery

komen thLut: komen skit kat umah Kelantan kerana ana rasa mereka perlu renovate skit diorgnyer rumah..sebab dah agak lama. Antara rumah Negeri yang paling lama. Seelok2nya islah= renovate skit mcm umah pining.Tapi kat umah Kelantan ni kalau nak cari barang2 makanan Malaysia insyALLAh..Stock mereka Bnyak...(^^,) Kadng2 kalau umah Perak abeh Beras kita beli kat sini la.. Kalau Korang nak tau..
-----------------------------------------------------------
Stakat tu jer lah..gambar rumah2 negeri yang ana dah amik..umah Selangor, Pahang, dan lain-lain len kali ana akan upload kat flickr Mashi=ok ... (^^,)

ni nak kongsi2 citer kat korang




MAJLIS PERKAHWINAN DI BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG
Pada 7 hb Jun 2008 bertempat di Bandar Country Homes Rawang Selangor telah di adakan majlis perkahwinan beramai-ramai yang meraikan 8 pasangan pengantin.

Majlis perkahwinan ini diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan Islam, seperti persembahan nasyid dari Al Haura, persembahan pertunjukan seni bela diri dan sebagainya.

Alhamdulillah ramai yang sudah selamat diijab..remaja2 yang belum lagi tu. hehehe standby !! x kan tau nak khawin jer... standbykanlah dirimu dengan ilmu dan minda untuk menjadi pemimpin pada diri, isteri dan keluarga . Selamat Pengantin Baru kepada semua pengantin2 dari kami- warga mesir.

Alhamdulillah...

Posted by mt-arramadan | 12:15 AM | | 0 comments »

Alhamdulillah akhirnya siap jugak layout baru ni.. dengan ader tambahan widget baru untuk kemudahan anda :

Widget subcribe to email.. jadi sapa2 yang x der masa nak buka blog. Just subscribe to email. Jadi nnti FeedBurner akan hantar benda2 baru dari blog ini ke email anda...baca jela melalui email..huhuhhu(^^,)

dan Gambar besar tu..yang ader 6 org shabab tinggal 4 jer.. abg zayad ngn ajwad dah balik malaysia...insyaallah kalau der rezeki diorang datang balik...
sbnrnya ada lagi ahli2 mesir campur dengan ustz basit + kak ain, Abel Omar + Isteri dier, abg Loqman dan abg Syukri. Kami shjlah ahli global ikhwan di sini.....

Afwan..Sorry..

Posted by mt-arramadan | 5:07 PM | | 0 comments »

Askum...maaf lama x updated blog.ana skung ngah nak cari layout len tuk blog ni..hehehe jadi lepas ni ana akan post entri2 terbaru...

Kuda Sambrani

Posted by mt-arramadan | 10:31 PM | | 0 comments »



Baru2 ni ana ada dengar fasal kuda yang Dibeli ASZ... tapi x bnyak info pasal citer ni..
sesape ader info leh email kat ana.. Leh kongsi2 citer ngn kawan2 yang lain..

~ katanya kuda ini berketurunan kuda Rasullullah.
~ Ader tanda2 kuda ini berketurunan Rasullullah pada Lehernya(tanda bekas ibu jari Rasullullah).

Naik Mustawa

Posted by mt-arramadan | 10:26 PM | | 1 comments »

Pejam celik...rupa2nya da 3 bulan kami di MEsir..Bumi Kinanah ini.. dan Sudah Sebulan Kami belajar Di Markazi AnniL...

Mula2 masuk blajar bahasa Arab..Pening2..blurr..jer
Alhamdulillah, skung ni dah Pandai skit.Berdialog...bermuamalah (berurusan dgn org)..

Tapi mmg letih betul dgn Messriyi ni..Dorg punya bahasa "Lughah Ammiah" bahasa pasar diorang , dasyat sgt..dari Jordan atau syiria. Bahasa(ammiah mesir) mereka ni boleh dikatakan bahasa diorg reka sendiri2..hehehehe

So..x pelik la..orang2nya pun..pelik.Mereka ni agak kasar berbanding Jordan dan Syiria..

bagi Org Mesir disni..mereka menganggap Org lelaki Syiria ni Lembut
(pastu plak kan org syiria cerah2..)

dan satu lagi..kalau antara Jordan, Syiria dan mesir ni..Mesir ni kira "Keling" Arab la..huuhuhhu.
Jadi kenalah sentiasa bermujahadah dalam menghadapi mereka ini..

Panjang lak citer....ana sbnarnya nak gi tau yang kami kat sini dah naik Mustawa (meningkat kelas). ada la peningkatan sdskit..

Doa2kanlah kami yekkk....
menjadi duta2 dan memegang amanah ASZ disini..

Ader yang pergi, Ader yang datang !!

Posted by mt-arramadan | 10:19 PM | 0 comments »

Beberapa minggu yang lepas
C,Zayad, C,Ajwad, serta C,Atho n wifes balik Malaysia..atas urusan panggilan dari ASZ..utk Kursus.

selang beberapa hari lepas tu
Abell Omar dan isteri pula tiba di Mesir ni...Berkurang dan bertambah balik ahli2 Global Ikhwan di MEsir .... (^^,)

begitulah percaturan ASZS keatas orang2nya....

dan InsyaALLAh C,Zayad kata kalau ader Rezeki dier dan C,Ajwad akan kesini kembali....
Kita merancang Tuhan yang menentukan...Mudah2an datang la balik.huhuhu