Alhamdulillah..ana, wan dengn abil baru2 ni dapat berjalan ke Tanta dan Damiatte. Kalau sebutannya "tonto dan dumyat". Kami ada seorang kawan dari johor. Pelajar tahun 2 Al-Azhar kaherah(nama dia abg.adib)...dia mengajak kami ke tonto kerana disana ada majlis menyambut 4 pasang pngtin pelajar melayu. Dan selepas itu kami terus ke Dumyat untuk berjalan2....perjalanan dari kaherah ke tonto lebih kurang 2 jam lebih.dari tonto ke dumyat 2 jam lagi...

Di dumyat kami tumpang rumah pelajar melayu (Al-Azhar Damiatte) kawan kepada abg.adib. Katanya di Dumyat tidak ramai pelajar malaysia, mungkin bawah 50 orang.(Al-Azhar Damiatte) dan dumyat ni berhampiran dgn laut...tempat yg kami pergi ialah dumyat jadid, dumyat jadid ni kawasan yang baru dibangunkan. Pasar disana menjual pelbagai makanan laut. Dan murah2. A.adib beli ketam bnyak2 bawa balik, buat masak lemak..memang sedap!!..

pic51.jpgpic11.jpgpic21.jpg


kami berjalan ke ra'su bar,damiatte. Sebuah bndar kecil tepi pantai yang baru dbangunkan, memang sungguh cntik tmpat tu..kebanyakan orang2 arab akan duduk disana menghabiskan musim panas..di sana kami berjalan2, bergambar dan mandi laut...di situ juga ada muara sungai nil bertemu dgn laut...

"Jaulah" to Alex

Posted by mt-arramadan | 7:27 PM | , | 0 comments »





Alhamdulillah, minggu lepas kami pergi berjalan2 ke iskandariah(Alexandria). Dengan menyewa sebuah van hi-ace kami bertolak kesana seawal jam 6 pagi. Tiba di sana pukul 9.00 pg. Dan tempat pertaama kami pergi ialah "Qo'lah" iaitu kubu Salahuddiin.....



Selepas selesai berjalan dan bergambar kami bertolak ke Perkarangan Taman Istana Raja Farouq. Disana kami "ber-rehlah2"..makan2 dan selesaikan solat jama' zohor dan asar. Selepas rehat beberapa ketika kami meneruskan perjalanan pusing2 sekitar Alex...dan pergi ziarah makam2 yang ada disana..Makam Nabi Daniel..Makam Loqman Al-Hakim, dan Makam wali2 disana...

Selepas habis berjalan pusing sekitar Alex..kami menutup acara aktiviti kami dengan bermandi-manda di laut. Mulanya memang pening x tau nak mandi kat mana.? sebab terlalu ramai dan padat.... dengan orang2 Arab. Dengan kekotoran yang diorang buat sekitar pantai..memang mengotorkan....



Kami pusing2 mencari tempat mana yang x ramai orang, jadi akhirnya kami jumpa tempat yang memang cantik, dalam, jernih, dan x ramai org kat situ...hanya beberapa orang budak Mesir..Kami pun mandi manda la kat situ....



Untuk lihat koleksi2 gambar klik disini

Baru2 ni ada Bazar anjuran Rumah Selangor dan Terengganu di Haiyul Ashir. Tempat himpunan kompleks2 rumah melayu...bazar berlangsung selama 3 hari. ada banyak gerai2 dibuka. Restoran Mawaddah juga ambik satu gerai... kita meniaga burger, roti john..dan roti canai...

tukang wat burger dan roti john abell ngan wan...yang wat roti canai ana..hehehe.
tukang makan kami semua...huhuhu.....terdapat lebih kurang 20 gerai yang diniagakan oleh pelajar2 melayu..dan d bazar itu menjual makanan2 melayu....yang mmg x jumpa kat sini...jadi aritu lah...kami banyak makan..hehehehe.

Setelah selesai bazar anjuran rumah selangor dan terengganu. selang 2 hari selepas itu, ada pula bazar anjuran rumah Pahang, dan kami x terlibat dalam meniaga..cuma datang bawak perut untuk disisi...

gambar2 nnti ana uploadkan ek..sory laa.sebab flickr da over limit gambar...



Alhdllh baru2 ni kami dapat jemputan dari ustaz kami untuk makan2 dan lawat kampung dier di Barajil,Ghizaa..

kami bertolak ke sana beramai2 selepas semayang jumaat di Masji Fattah,Ramsis
kami tiba dan makan tgh hari disana..sambil2 bersmbang2 dan selingan2 dengar bacaan quran dari kawan ktrng dari Africa(dier qari)..



Memang best,..macam jadi Petani Msir sekejap aritu..kami makan makan Mesir dan petang tu.kami berjalan2 sekitar ladang2...Mmg satu pengalaman yang menyeronokkan.

Pizza Kurang Harge...

Posted by mt-arramadan | 10:55 PM | | 0 comments »

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Baru2 ni ana dan abil berjalan2 ke Hussein..dan singgah di satu mat'am yang x berapa besar...mereka menjual makanan seperti di dalam gambar ini..

kami tanya.. "Apa nama makanan ni ?" dia kata " Haza Bhitza "...
kami pun orderlah satu nak try..murah tu mmg murah dah..dari pizza besa..rasa die pun mmg murah jugaklah..hehehe.(sesuai dgn harge ek)....

Tapi apa2 pun pizza lah jugak.....



erm..esok ana ader "mid test"=imtihan doa2kanlah erk...
sapa2 rasa nak makan roti pizza ni mai lah sini...ana leh blanjer.

2. Syirik masuk ke Jazirah Arab

Selepas itu datang seorang tokoh Arab dari Bani Khuzaa’h bernama Amru bin Luhayy. Bani khuzaa’h ini telah telah menyerang Bani Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah seterusnya Bani Khuzaa’h mengusai Mekah. Amru bin Luhayy inilah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada kaumnya yang kemudian tersebar ke seluruh kabilah Arab yang lain. Memang Amru ini seorang yang kaya dan dermawan, dialah yang menyediakan keperluan orang-orang yang datang mengerjakan haji ke Mekah. Kekayaan dan demawanya itulah yang telah mempengaruhi orang sehingga mereka mendengar cakapnya dan akhirnya menurut perintahnya agar menyembah berhala. Kemudian Amru menukar talbiah Tauhid kepada talbiah syirik. Talbiah tauhid itu , itulah yang jemaah haji baca ketika Ihram.

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
Ketaatan hanya untukMu ya Allah, tiada sekutu bagi Mu,sesunguhnya pujian
dan nikmat hanya untukMu,tiada sekutu bagiMu

Amru bin Luhayy telah menambah Talbiah ini kepada :

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك إلا شريك هو لك تملكه وما ملك
Tiada sekutu bagiMu melainkan sekutu yang menjadi milikMu engkau
memilikinya dan segala kepunyaanya

Talbiah yang mengesakan Tuhan ini diubahnya menjadi talbiah yang mensyirikkan Tuhan. Bukan setakat itu saja, lepas itu Amru mencipta binatang binatang yang suci pula yang ditaqdiskan antaranya Saaibah, Bahiirah, Haami. Hami ini adalah unta betina yang telah melahirkan sepuluh ekor unta jantan maka ketika itu unta tersebut dinakan Haami dan tidak boleh ditunggang lagi, tidak boleh disembelih, tak boleh disakiti tapi sebaliknya dimuliakan dan dipuja.

Bermula dari situ setiap Kabilah mempunyai berhala mereka sendiri pula. Hubal berhala orang mekah, Wud berhala bani kilab, Suwa’ berhala Bani Huzail, Yaghuus berhala Bani Thoyyik dan penduduk Jerash, Yauu’qa berhala Bani Hamazan dan Nasr berhala orang Yaman. Satu kisah menarik, ada berhala yang namanya Isaf dan Naelah, dua berhala yang disembah di kaabah. Sejarah menceritakan Isaf ini asalnya seorang pemuda dari Yaman begitu juga Naelah seorang gadis dari Yaman, mereka sama sama cinta mencintai tapi keluarga tak setuju mereka kahwin. Ringkasnya mereka berjanji bertemu di mekah di musim haji. Akhirnya ketika orang semua tak perasan mereka zina ditepi Kaabah. Lalu Allah tukar mereka berdua menjadi batu. Lepas itu Isaf diletakkan di Safa dan Naelah diletakkan di Marwah sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang lain. Bila Amru bin Lahayy datang ke Mekah, dia pindahkan kedua dua batu ini ke kaabah. Ketika itu masyarakat dah mula lupa asal usul batu ini dan akhirnya mereka menjadikan dua batu ini berhala yang disembah. Begitulah penyembahan berhala makin meluas di Semenanjung Arab.

Pernah Saidina umar setelah menjadi Amirul Mukminin dilihat oleh para sahabat menangis dan kemudian tertawa tampa sebab yang lahir, akhirnya ada yang berani bertanya, Wahai Amirul Mukminin apa rahsia kami melihat tuan menangis kemudian tersenyum tampa sebab lahir yang kami faham. Maka Saidian Umar menceritakan, dulu aku dan orang orang Quraish sebelum Allah datangkan rahmat Islam, kami sangat benci pada anak perempuan. Ketika aku dapat anak perempuan, dari saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula, aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya 6 tahun, aku dah tak tahan lagi, jadi aku bawa dia kepadang pasir dan aku gali lubang, dia yang ingat aku membawanya berkelah dan untuk bermain main, dia juga turut membantuku menggalai lubang, bila lubang dah siap aku tolak dia kedalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir, anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir dari jangut dan pakaianku, tapi akhirnya aku timbus dia hidup-hidup tampa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kedatangan Rasulullah, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup hidup. Itulah rahsianya, bila aku teringat kisah ini aku menangis. Maha Besar tuhan, Maha Baik Tuhan yang yang menghantar Rasulnya yang membawa satu syariat yang meletakkan perempuan ditempat yang mulia. Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini.

Adapun rahsia tersenyumku, satu hari aku keluar dari Mekah, kami kalau keluar dari Mekah biasanya akan membawa bersama batu dari Mekah untuk jadi sembahan kami, tapi hari itu aku lupa nak bawa batu tapi akau ada bawa tamar jadi aku buat berhala dari tamar dan aku sembah tuhan ini, bila makan aku habis mulalah akan makan Tuhan aku ini sedikit demi sedikit. Bila aku teringat kisah ini aku ketawa sendiri. Begitulah kehidupan bangsa Arab Jahiliah. Moga dengan itu kita dapat merasakan bagaiman kebesaran Islam yang telah mengubah bangsa Arab jahiliyah ini kepada peribadi peribadi yang sangat agung.

>> Bersambung di Entri akan datang <<

3.Bagaimana agama Yahudi bertapak di Jazirah Arab



Window XP dalam bahasa Melayu...

Posted by mt-arramadan | 12:19 AM | | 1 comments »

Askum..ana nak kongsi ilmu skit ni. ana rasa ni entri pertama ana post tg teknologi i.t.
ana nak kongsi cam ner kita nak tkar window xp ke dalam bahasa ibunda kita ( bahasa Melayu ).

Tidak perlu risau kerana anda tidak perlu memformat PC anda kerana ianya merupakan satu set perisian tambahan kepada fail Windows XP yang sedia ada.


Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kita dapat menggunakan Sistem Pengoperasian dengan antaramuka bahasa selain bahasa Inggeris lagipun ianya mudah dan jika anda berubah fikiran, anda boleh uninstall fail tersebut !

Jika anda ingin mencuba fungsi ini, anda boleh muat turun dengan klik link sini atau download di bawah ini.


Klik Muat Turun sini.

Untuk rujukan? Simpan sebagai pdf.

Info by : bijakkomputer.com/blog